Rabu, 17 Februari 2010

PIAGAM PELANGGAN

Bahawasanya, kami warga Unit j-QAF dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

MURID
o Memastikan semua murid yang berada di kelas j-QAF mendapat pendidikan yang seimbang.
o Memastikan semua murid diasuh dan dididik dengan akhlak terpuji dan jatidiri yang tinggi.

GURU DAN KAKITANGAN
o Mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kehendak masyarakat dan negara dengan bantuan media pendidikan terkini.
o Mempertingkatkan semangat kerja berpasukan serta penghayatan Konsep dan Falsafah Budaya Kerja Cemerlang.

IBUBAPA / PENJAGA
o Memastikan segala bentuk urusan ibubapa/penjaga berkaitan hal ehwal pendidikan anak-anak dalam kelas j-QAF dilaksanakan dengan cepat, tepat dan segera.
o Sentiasa bersedia menerima pandangan dan teguran membina daripada ibubapa/penjaga bagi meningkatkan prestasi pengurusan j-QAF dan kecemerlangan murid.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN / JPN / PPD
o Sentiasa bersedia mematuhi dan melaksanakan segala arahan dan pekeliling yang diterima.
o Sentiasa cepat dan tepat menyediakan serta menghantar laporan atau maklumat yang diperlukan oleh jabatan atau kementerian.

OBJEKTIF

(i) Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam yang berkesan untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, beramal dan berakhlak mulia bagi membangunkan masyarakat dan negara.

(ii) Meningkatkan kualiti Bahasa Arab untuk membolehkan pelajar berkomunikasi dengan baik dan mendalami pelbagai sumber ilmu.

(iii) Meningkatkan dakwah, penghayatan Islam dan nilai-nilai murni secara berhikmah di kalangan guru j-QAF, guru Pendidikan Islam dan pelajar untuk membantu keberkesanan Pendidikan Islam.

(iv) Meningkatkan hubungan dan kerjasama antara guru-guru j-QAF dengan guru-guru teras Pendidikan Islam, guru-guru lain, masyarakat, jabatan dan agensi-agensi luar secara permuafakatan.

(v) Meningkatkan kualiti pengajaran & pembelajaran pentaksiran dalam Pendidikan Islam dan Bahasa Arab melalui ICT dan projek inovasi.

MISI DAN VISI

MISI

Menjana generasi muslim yang seimbang kecemerlangan dari segi akademik dan rohani serta mempunyai daya juang bagi memenuhi aspirasi dan kehendak Falsafah Pendidikan Islam.

VISI

Melaksanakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang berkualiti ke arah melahirkan murid yang berilmu, beriman, beramal soleh, berakhlak mulia dan berpersonaliti unggul menjelang tahun 2015.

PENGENALAN

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada. Murid istimewa dalam pendidikan khas juga akan dilibatkan dalam program j-QAF. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang khas, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan dan insentif yang khas serta kemudahan-kemudahan lain.