Ahad, 21 Februari 2010

PENGAWAS BERTUGAS

1. Nur Aliesya bt. Muhammad Razman (4A)
2. Nurfitri Nuha bt. Mat Isa (4A)
3. Nur Izyan Hawani bt. Abdul Rahim (4A)
4. Fatin Syahida bt. Mohd Zamri (4A)
5. Nur Tihani Faqihah bt. Nuruddin Kamal (4A)
6. Fatin Nabila Natasha bt. Muhd Nizam (4M)
7. Khairunnisa Nadiah bt. Adnan (4M)
8. Nur Fajihah bt. Abd Raffar (4M)
9. Siti Nur Najihah bt Mohd Azhari (4M)
10. Siti Nurhayati bt. Anuar (4M)
11. Nurul Nadia bt. Mohd Radzi (3A)
12. Nurul Hazwani bt. Zahid (3A)
13. Nur Khairina bt. Rozman (3A)
14. Nur Aimi Amira bt. Yah @ Yahya (3A)
15. Noor Farisha Irwayu bt. Mohd Saufi (3A)
16. Ain Nadhirah bt. Husin (3M)
17. Aina Syafiqah bt. Normi (3M)
18. Aini Habibah bt. Mohd Harmizam (3M)
19. Nurul Liyana Afiqah bt. Ismail (3M)
20. Nurdini Firzanah bt. Mohd Nasiruddin (3M)

Jumaat, 19 Februari 2010

TAKWIN TAHUNAN

Januari
 Mesyuarat Jawatankuasa Bilik j-QAF
 Perlantikan Pengawas Bilik j-QAF

Februari
 Kecerian Bilik j-QAF
 Kem Bestari Solat Siri Pertama

Mac
 Mesyuarat Jawatankuasa Bilik j-QAF
 Kecerian Bilik j-QAF
 Pertandingan “Jawi Jaya”
 Pertandingan “Kalimah Terbanyak”
 Pertandingan “Imlak”
 Sempena Sambutan Maulidur Rasul
Tahap 1: Mewarna tulisan jawi
Tahap 2: Melukis poster jawi

April
 Pertandingan “Jawi Jaya”
 Pertandingan “Kalimah Terbanyak”
 Pertandingan “Imlak”
 Kem Bestari Solat Siri Kedua
 “Cintai Khat” – kelas belajar menulis khat

Mei
 Pertandingan “Jawi Jaya”
 Pertandingan “Kalimah Terbanyak”
 Pertandingan “Imlak”
 Mesyuarat Jawatankuasa Bilik j-QAF
 Kem Pintar Solat

Jun
 Pertandingan “Jawi Jaya”
 Pertandingan “Kalimah Terbanyak”
 Pertandingan “Imlak”
 Kem Bestari Solat Siri Ketiga

Julai
 Pertandingan “Jawi Jaya”
 Pertandingan “Kalimah Terbanyak”
 Pertandingan “Imlak”
 Mesyuarat Jawatankuasa Bilik j-QAF

Ogos
 Pertandingan “Jawi Jaya”
 Pertandingan “Kalimah Terbanyak”
 Pertandingan “Imlak”
 Kem Bestari Solat Siri Keempat
 Khatam Iqra’ (tahun 1)
 Khatam Quran (tahun 1-5)

September
 Pertandingan “Jawi Jaya”
 Pertandingan “Kalimah Terbanyak”
 Pertandingan “Imlak”
 Mesyuarat Jawatankuasa Bilik j-QAF
 Khatam Iqra’ (tahun 1)
 Khatam Quran (tahun 1-5)

Oktober
 Pertandingan “Jawi Jaya”
 Pertandingan “Kalimah Terbanyak”
 Pertandingan “Imlak”

November
 Mesyuarat Jawatankuasa Bilik j-QAF
 Keceriaan Bilik j-QAF

PERATURAN

1. Sebelum memasuki ke dalam bilik j-QAF, kasut hendaklah ditanggal dan disusun dengan kemas.

2. Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik j-QAF tanpa guru atau keizinan daripada guru.

3. Tidak dibenarkan membawa masuk sebarang bentuk makanan atau minuman ke dalam bilik j-QAF.

4. Setiap kali masuk dengan tujuan pengajaran dan pembelajaran, atau mencari bahan rujukan, atau lawatan, atau dengan sebarang tujuan ke bilik j-QAF, guru perlu merekodkan dalam buku penggunaan atau buku pelawat.

5. Selepas menggunakan segala alatan di bilik j-QAF, alatan tersebut perlu disimpan kembali dengan kemas. Semua kemudahan yang berada dalam bilik j-QAF adalah tanggungjawab bersama.

6. Murid tidak dibenarkan membawa keluar bahan bantu mengajar dari bilik j-QAF kecuali mendapat izin daripada guru j-QAF. Segala bentuk urusan tersebut perlu direkodkan.

7. Setiap pengguna bilik j-QAF hendaklah sentiasa bersama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan dan kekemasan bilik.

8. Murid hendaklah sentiasa menjaga disiplin dan tingkah laku ketika berada di dalam bilik j-QAF dan mematuhi semua arahan guru, pengawas bilik j-QAF serta peraturan bilik.

Rabu, 17 Februari 2010

PIAGAM PELANGGAN

Bahawasanya, kami warga Unit j-QAF dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

MURID
o Memastikan semua murid yang berada di kelas j-QAF mendapat pendidikan yang seimbang.
o Memastikan semua murid diasuh dan dididik dengan akhlak terpuji dan jatidiri yang tinggi.

GURU DAN KAKITANGAN
o Mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kehendak masyarakat dan negara dengan bantuan media pendidikan terkini.
o Mempertingkatkan semangat kerja berpasukan serta penghayatan Konsep dan Falsafah Budaya Kerja Cemerlang.

IBUBAPA / PENJAGA
o Memastikan segala bentuk urusan ibubapa/penjaga berkaitan hal ehwal pendidikan anak-anak dalam kelas j-QAF dilaksanakan dengan cepat, tepat dan segera.
o Sentiasa bersedia menerima pandangan dan teguran membina daripada ibubapa/penjaga bagi meningkatkan prestasi pengurusan j-QAF dan kecemerlangan murid.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN / JPN / PPD
o Sentiasa bersedia mematuhi dan melaksanakan segala arahan dan pekeliling yang diterima.
o Sentiasa cepat dan tepat menyediakan serta menghantar laporan atau maklumat yang diperlukan oleh jabatan atau kementerian.

OBJEKTIF

(i) Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam yang berkesan untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, beramal dan berakhlak mulia bagi membangunkan masyarakat dan negara.

(ii) Meningkatkan kualiti Bahasa Arab untuk membolehkan pelajar berkomunikasi dengan baik dan mendalami pelbagai sumber ilmu.

(iii) Meningkatkan dakwah, penghayatan Islam dan nilai-nilai murni secara berhikmah di kalangan guru j-QAF, guru Pendidikan Islam dan pelajar untuk membantu keberkesanan Pendidikan Islam.

(iv) Meningkatkan hubungan dan kerjasama antara guru-guru j-QAF dengan guru-guru teras Pendidikan Islam, guru-guru lain, masyarakat, jabatan dan agensi-agensi luar secara permuafakatan.

(v) Meningkatkan kualiti pengajaran & pembelajaran pentaksiran dalam Pendidikan Islam dan Bahasa Arab melalui ICT dan projek inovasi.

MISI DAN VISI

MISI

Menjana generasi muslim yang seimbang kecemerlangan dari segi akademik dan rohani serta mempunyai daya juang bagi memenuhi aspirasi dan kehendak Falsafah Pendidikan Islam.

VISI

Melaksanakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang berkualiti ke arah melahirkan murid yang berilmu, beriman, beramal soleh, berakhlak mulia dan berpersonaliti unggul menjelang tahun 2015.

PENGENALAN

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada. Murid istimewa dalam pendidikan khas juga akan dilibatkan dalam program j-QAF. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang khas, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan dan insentif yang khas serta kemudahan-kemudahan lain.