1. Sebelum memasuki ke dalam bilik j-QAF, kasut hendaklah ditanggal dan disusun dengan kemas.
2. Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik j-QAF tanpa guru atau keizinan daripada guru.
3. Tidak dibenarkan membawa masuk sebarang bentuk makanan atau minuman ke dalam bilik j-QAF.
4. Setiap kali masuk dengan tujuan pengajaran dan pembelajaran, atau mencari bahan rujukan, atau lawatan, atau dengan sebarang tujuan ke bilik j-QAF, guru perlu merekodkan dalam buku penggunaan atau buku pelawat.
5. Selepas menggunakan segala alatan di bilik j-QAF, alatan tersebut perlu disimpan kembali dengan kemas. Semua kemudahan yang berada dalam bilik j-QAF adalah tanggungjawab bersama.
6. Murid tidak dibenarkan membawa keluar bahan bantu mengajar dari bilik j-QAF kecuali mendapat izin daripada guru j-QAF. Segala bentuk urusan tersebut perlu direkodkan.
7. Setiap pengguna bilik j-QAF hendaklah sentiasa bersama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan dan kekemasan bilik.
8. Murid hendaklah sentiasa menjaga disiplin dan tingkah laku ketika berada di dalam bilik j-QAF dan mematuhi semua arahan guru, pengawas bilik j-QAF serta peraturan bilik.
Jumaat, 19 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan